Wednesday, July 3, 2013

2nd trimester

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. So far since dah masuk 2nd trimester ni, segala jenis loya dan mual dah tak ada. Senangnya alahan dah tak ada. Yang ada sekarang selera makan yang melampau. Kejap-kejap nak makan ini, kejap-kejap nak makan itu. Nasib badan encik suami lah kena layan princess ni.

Mujurlah bila menginjak ke 2nd trimester dah ada kat Malaysia. Tak payah susah-susah menahan selera compare kat Jordan tu. Jejak je kaki ke Malaysia, mintak Mama masak kerang masak sos, kerabu kerang dan taugeh, sambal sotong, sambal udang, masak lemak pucuk paku, hai.. macam-macam lagilah. Yang paling tak boleh miss, pelam muda. Dah lama teringin ni. Abah belikan pelam muda berlambak-lambak sampai tak larat nak makan. Tambah pulak, Mama pergi kait pelam telur dekat dengan sekolah Mama. Encik suami boleh tengok je lah isteri dia menggila makan buah-buah yang masam tu. Ye lah, kat rumah tu yang tahan masam sorang je. Yang lain semua surrender awal lagi. Tak cukup dengan pelam muda, ada pulak belimbing buluh. Hai, memang rezeki betul! Ok, I admit! Saya ni HANTU MASAM! Semua buah-buahan yang masam seperti pelam muda, belimbing buluh, cermai and so on are my favorite!

Bila dah habis sesi makan puas-puas, baru pergi jumpa doktor buat buku pink yang untuk orang mengandung tu. Nasib tak kena marah dengan misi, kalau kena marah, mintak encik suami sound misi tu balik. Kita baru balik dari Jordan ape! Janganlah marah. Masa check up dengan doktor, kandungan dah 19 minggu. Dan sekarang dah masuk 23 minggu 2 hari. Selera makan still ada, tapi dah tak teruk macam awal-awal dulu. And Alhamdulillah, so far tak ada lagi lah penyakit spt darah tinggi, kencing manis tu semua. Yang ada cuma kurang darah. Kena banyak makan kerang ni. Kurma pun kena rajin makan. Makanan sunnah tu. Rugi tak makan.

Rasanya, tu je kot. Daripada terus mengarut, baik off dulu entry kali ni. :)
Assalamualaikum. Nah, amik setepek gambar buah yang saya gilakan ni!

belum kupas pun, hamba dah terliur!

sedap ni kalau cicah dengan garam belacan!
CUBALAH!

Tuesday, May 7, 2013

21st Birthday!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum semua!

Post kali ni nak story about my birthday on 6th of May 2013.
Alhamdulillah, officially 21! GE14 nanti bolehlah mengundi.

12.00 malam (06 Mei 2013)
Menanti-nanti jugak lah ucapan dari suami tercinta. Tapi, langsung tak ada. Hanya kawan-kawan yang wish di FB. Mungkin dia terlupa sebab bahang GE13 kan tak habis lagi. Seharian jugak lah sepanjang hari tu, sentiasa menanti ucapan dari suami. Apa dia benar-benar lupa ke? Sedih sangat rasa bila orang yang paling hampir dengan kita lupa hari istimewa buat diri kita. Tapi, sengaja sedapkan hati. Mungkin dia sengaja tak nak wish, dan mungkin dia mahu menjadi orang terakhir yang make a wish to me.

Balik dari kelas, pukul 2.00 petang. Sakit kepala yang sangat-sangat. Tapi, gagahkan jugak solat, kemas-kemas dapur sikit dan tidur. Sebelum tidur tu, abang sempat bagitahu bahawa dia nak keluar sekejap. Nak ambil katil katanya. Lepas tu, terus tak sedar. Sedar je dari tidur, dah masuk waktu Asar. Terus bangun solat. Kepala masih sakit lagi ni dan abang belum balik lagi. Kalau dia dah balik, boleh lah mintak tolong urutkan sekejap.

Terus menanti kepulangan abang. Lama sangat ambil katilnya pun! Last-last, dah nak Maghrib baru dia balik. Masa tu, macam biasa, pura-pura tidur. Hehehe. Tapi, dia dah tahu taktik tu. Tak jadi lah pura-pura. Abang ajak solat Maghrib dan teman dia keluar nak cucuk duit. Pelik! Selalu OK je pergi cucuk duit sorang-sorang. Kali ni, nak berteman. Bila ditolak, abang mulalah  buat ayat kesian. Kalau dah namanya suami, tak sampai hati pulak nak tolak. Kuatkan jugak diri teman dia keluar. Nasiblah masa tu dah kurang sakit. Lepas cucuk duit, dia ajak beli syawarma (sejenis makanan arab), lepas tu ajak pergi beli air pulak. Orang dah penat ni. Dia saja je lambat-lambat. Saya dah mula syak sesuatu. Tapi, tak cakap pun dekat dia. Just go on follow dia. Tapi, lepas je dia beli air tu, terus ajak dia balik. Tak nak pergi mana-mana dah. Tak larat.

Sampai je rumah, abang terus suruh ambil charger handphone dia kat bilik sebelah. Saya bagitahu lah dia," tadi sayang baru simpan charger abang dalam laci meja study". Lepas tu dia balas, " Eh, silap. Ambil buku abang dekat sebelah. "
Buku apa lah pulak ada kat bilik sebelah. Semua ada dalam bilik ni. Takpelah. Hanya menurut perintah. Bukak pintu bilik, tak sempat bukak lampu. Nampak tudung warna putih. Terus respon, " EH? ", "Surpriseeeee! Sanah Helwah Mama! ", dapat detect suara kawan-kawan yang tak asing lagi. Terus lari dapatkan abang. Menangis. Ini kali kedua dapat kejutan daripadanya. Kali pertama, sambutan birthday bertemakan orang datang meminang.

Haaaa! Lepas tu, macam biasalah. Sesi potong kek! Abang hadiahkan fresh flowers dan juga kasut comel yang saya nak dari dulu lagi. :) Tenkiyuuuuuuuuuuuuuuuu Abang!
Banyak jugak hidangan malam tu, ada spaghetti bolognese, chicken chop, triffle and birthday cake! Chicken chop the best!

Last but not least, thanks a lot kpd semua yang bersepakat dengan abang.
Thank you so much abang sebab sentiasa menggembirakan sayang, sentiasa memberikan yang terbaik untuk sayang, sentiasa menyayangi sayang dan sentiasa menjadi yang romantik untuk sayang!

Maaf kalau ayat tunggang-terbalik. Saya bukan budak sastera yang pandai menyusun ayat!

Happy 21! :)

Thursday, March 28, 2013

1st trimester

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Lepas buat medical check up dengan doktor 19 Mac hari tu, it's confirmed! I'm pregnant! Hooray! Hooray!
Dan orang yang paling gembira dan teruja masa buat ultrasound test tu, tentu lah suami saya. Abi to be! Senyum lebaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaar sangat dia! :D

Alhamdulillah. Kandungan almost 2 months. Due date yang doktor bagi 6 November 2013. Berdebar pulak bila dapat tarikh deliver. Selang beberapa hari lepas buat medical check up tu, satu persatu alahan demi alahan datang.
Antaranya :
* tak lalu makan nasi. makan aneka mee yang berkuah / goreng takpe. biskut pun boleh.
* bau kiwi kasut Abi!
* bau badan Abi! Dulu sebelum pregnant, bau badan Abi feveret taw! Sekarang tak boleh dah!
* tak boleh bau bahan tumis = tak boleh masak.

Yang paling ketara tak lalu makan nasi, bau badan Abi dengan tak boleh masak. Tambah-tambah kalau Abi baru balik dari training bola tampar. Memang akan paksa Abi mandi lepas training. Yang pasal nasi tu pulak, tak boleh makan lebih sikit, lebih je muntah. Mana lah Umi nak dapat tenaga yang cukup kalau makan nasi pun sikit. Tapi, yang peliknya, kalau teringin / mengidam apa-apa jenis nasi, boleh pulak makan sampai licin. Macam hari tu, teringin makan Nasi Dagang. And Alhamdulillah ada kawan yang baik hati tolong masakkan. Licin kot makan Nasi Dagang. Hahaha. Mama pesan suruh makan buah kurma dan minum susu kalau tak lalu makan nasi. Aduhai! Payah jugak kalau sebelum kahwin dulu pun memang jarang sangat makan kurma. Tambah-tambah bila pregnant, lagi susah kurma nak turun kat tekak ni. Susu boleh tahan lagi. Tapi, kalau minum segelas cukup, feel nak muntah ada jugak. Hahaha.

Baru tahu macam mana feel ibu-ibu yang mengandung tambah-tambah 1st trimester. Mama suruh sabar je. Tak lama pun. Paling tak pun 3-4 bulan. Masuk trimester kedua nanti, selera mungkin bertambah pulak. Masa tu mesti nak makan macam-macam. Tak sabar nak balik Malaysia hujung Mei ni. Nak request macam-macam dari Mama. Hehehe.

Sunday, March 17, 2013

HCG | Pregnancy Test

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Allah Maha Mendengar. Dia mendengar doa kami. Masa kerjakan umrah dulu, saya dan suami sentiasa berdoa agar dikurniakan cahaya mata. Even masa tu, ada  rasa macam tak ready nak jadi seorang ibu. Tapi, hakikatnya Allah Maha Mengetahui. Allah tahu bila mana seseorang hambanya itu bersedia. Dan InsyaAllah, saya dah bersedia untuk menjadi seorang mommy! [ Even masih tidak berapa nak percaya ].

Awalnya, just confirm kan guna pregnancy test. Yang guna urine tu. Positif. Tapi, line kedua tu samar-samar je. Tak jelas sangat pun. Lepas dua minggu buat pregnancy test, saya pergi ke klinik, nak tahu usia kandungan berapa minggu. Sedihnya bila doktor cakap saya tak mengandung. Hancur luluh hati saya. Mungkin masa tu, 'benda' tu kecil lagi. Tak nampak kalau scan pun. On the way balik ke rumah, saya minta suami saya belikan satu lagi pregnancy test. Buat test lagi dan positif. Saya bagitahu keluarga saya tentang check up dengan doktor tu, dan mak saya pun katakan perkara yang sama. Mungkin ' benda' tu kecil lagi. Tapi, bila saya cerita dekat mak mertua saya, dia tak bagi saya scan lagi. Sebab masih awal. Risau dekat kandungan. Ultrasound pun kan ada  wave radio active jugak~ Saya tekad tak nak dah ke klinik yang mula-mula saya pergi. Salah satu sebabnya, doktor 'ARAB' ni suka buat kerja sambil lewa. Dia cek tak sampai seminit pun dekat rahim saya, terus cakap saya tak mengandung. Cuba bayangkan doktor-doktor kat Malaysia, dia akan teliti betul-betul. Cari betul-betul. Dan if tak nampak lagi, dia akan gunakan bahasa yang sangat baik bagi menjaga emosi seorang bakal ibu.

Dua minggu lepas tu, iaitu semalam, suami saya beli lagi satu pregnancy test. Saya pun buat test lagi dan positif jugak. Kali ni, memang pekat. Saya pun teruja tengok. Hahaha. Cadangnya nak cek dengan doktor. Tapi, bayangkan doktor Arab, macam hampa je. Mungkin akan cari klinik lain yang lebih baik. Tapi, ada jugak rasa nak balik dan cek dekat Malaysia je. Senang communicate dengan orang kita. Tapi, tak boleh. Kena jugak cek dulu dekat sini sebelum balik Malaysia. Untuk 'confirm' kan lagi.

InsyaAllah. On the way untuk pulang ke Malaysia, masih lagi mencari tiket dan tarikh yang sesuai untuk kami pulang. Raya Malaysia lagi nampaknya tahun ni! :D


Test yang pertama dan kedua. Samar-samar je.

Test yang ketiga. Pekat weh! :)

Sampai sini je. Doakan yang terbaik untuk kami berdua. Doakan juga moga Allah permudahkan urusan. :)

Friday, February 22, 2013

Wanita.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah~ Sem baru dah mula. Puas dah bercuti ke Tanah Haram.

Setiap malam, sebelum tidur saya cuba sedaya upaya saya untuk tidak lupa memohon maaf daripada suami saya atas segala salah saya untuk hari tersebut.

Pada suatu malam, saya mengadu dekat suami saya bahawa saya letih sangat buat banyak kerja untuk hari tersebut. Saya mula merasa susahnya menjadi wanita dan isteri. Belum sempat saya habiskan segala aduan saya, suami saya terus cakap :

" Untung sayang jadi perempuan. Senang masuk syurga. Apa yg sayang buat untuk abang semuanya dapat pahala. Setiap kebaikan yg Abang buat, sayang pun dapat pahala. Contoh Abang solat jemaah dekat masjid,  sayang pun akan dapat pahala berjemaah even sayang solat sorang-sorang. Kalau sayang bersalin, lepas bersalin tu, sayang macam baby yang baru lahir. Langsung tak ada dosa. Asal bersalin je, dosa tu reset. Jadi lelaki lagi susah, ada tanggungjawab lagi besar. Tanggungjawab suami lagi besar dari seorang isteri. Lagi susah. "

Masa tu, saya teringat bahawa setiap dosa yang isteri buat, suami yang tanggung. Allah! Semua manusia tak terlepas dari membuat dosa. Mampukah suamiku utk menanggung dosa dirinya dan dosa diriku? Ampuni segala dosa kami ya Allah.

Beruntungnya perempuan. Dalam sebulan, Allah kurniakan cuti. At least seminggu. Dan dalam tempoh seminggu tu jugak diumpamakan seolah-olah ia adalah amalan terbaik kita. Sudahlah dikurniakan cuti, Allah hapuskan dosa pulak. Lelaki? Hanya doa dan taubat yg mampu menghapus dosa mereka.

Alhamdulillah. Allah kurniakan seorang suami yang saya perlu. Bukan yang saya mahu.

Semoga lepas ni saya tak mengeluh lagi kepenatan. Doa wanita ini mustajab, utk mereka yg sudah bersuami, sentiasa doakan suami anda agar terpelihara dalam jagaan Allah, diampuni dosanya serta bersama hingga ke jannahNya.


“Wanita apabila solat lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya dan taat akan suaminya, maka masuklah syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya.”
(Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)


Winter Trip : Tanah Haramain

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. 23 Januari lepas, saya dan suami telah dijemput untuk menjadi tetamuNya. Ini merupakan kali pertama saya menjadi tetamu Allah dan merupakan kali kedua buat suami saya. 

Asalnya kami akan bertolak selepas solat Zohor, tapi atas sebab orang 'ARAB' yang tidak pandai menepati masa, kami bertolak selepas Maghrib. Hanya Allah tahu betapa seksa berjanji dengan orang 'ARAB'.

Takpelah. Stop masuk campur urusan bangsa mereka.

Umrah kali ini, saya dan suami singgah di Madinah dulu untuk 3 hari. Dan 5 hari di Mekah. Perjalanan dari Mu'tah ke Madinah makan masa hampir satu hari perjalanan. Haha. Dah lah naik bas, penatnya memang tidak terhingga. Allah! 

Tak dapat dinafikan, perasaan teruja sebaik sahaja tiba di Madinah. Teringat pada Abah yang dahulunya belajar di Universiti Islam Madinah. Teringin nak pergi melawat, kalau dapat lalu pun jadi lah. Yang paling terujanya, Allah dah hadiahkan 'ketenangan' yang cukup luar biasa dan sangat bermakna sepanjang berada di Tanah Haramain. 

Antara tempat yang sempat kami lawati di Madinah ialah Jabal Rummah, Jabal Uhud, Makam Saidina Hamzah, dan Kilang Percetakan Al-Quran. Eh, ke ada lagi ye? Tak ingat lah pulak. Haha. Haaa! On the way ke kilang percetakan Al-Quran ni la, sempatlah lalu depan Universiti Islam Madinah. Jauh jugak dari pekan Madinah. Rindu Abah! Sob3 :'(

Entrance to Islamic University of Madinah.
Tempat Abah menimba ilmu. Abah in course Da'wah and Usuluddin.

Sebelum sampai ke Madinah, encik suami saya suka sangat cerita pasal makanan. Mentang-mentanglah isteri dia ni kuat makan. Hahaha. Katanya, senang nak cari makanan orang Asia kat Madinah dan Mekah. Especially dekat Mekah sebab ada Mat'am Malizia. Dekat Madinah ni, mungkin ada tapi tak banyak. Yang kami jumpa dekat Madinah ialah Rumah Makan Indonesia. Hahaha. Asia la tu kan. Sempatlah isi perut ni dengan bakso semangkuk. Suami saya makan 2 mangkuk bakso sebab ter'exceed' order. Hahaha. Kesian dia. 

Hidangan nasi dan bakso lebih tu untuk member kami ; Kak Illi & husband, Shafiy. And a friend from Madinah ; Ustaz Amin.

Oh! Oh! Ada lagi. Masa kami melawat ke Kilang Percetakan Al-Quran, saya tak dibenarkan masuk. Hanya suami saya sahaja yang masuk. It means perempuan memang tak boleh masuk. Faham-faham je lah kan. Wanita ni ada yang datang bulan. Nanti, semata-mata nak masuk punya pasal, tipu kononnya suci. Tapi, mungkin cara ini terbaik mereka menjaga kesucian Al-Quran. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar encik suami saya sorang ni. Last-last, keluar dengan senaskhah Al-Quran 'free'. Alhamdulillah. Rezeki Allah. :)

Esoknya kami bertolak ke Makkah Al-Mukarramah. Sepanjang perjalanan, saya sentiasa mendoakan agar Allah limpahkan kesihatan yang baik buat saya dan suami. Berdebar rasanya nak jejakkan kaki ke Tanah Haram. Dalam perjalanan tu, fikiran saya mula melayang kepada sebuah kisah yang saya baca lama dahulu dalam majalah 'MASTIKA'. Kisah seorang perempuan yang nampak Kaabah datang bergolek seolah-olah nak menghempap dirinya. Allah. Balasan secara tunai Allah bagi. Saya istighfar banyak-banyak mohon Allah ampuni semua dosa saya dan suami.

Kami singgah di Birr Ali untuk memulakan niat umrah kami. Alhamdulillah, Allah Maha Mendengar. Allah memudahkan segala urusan kami. Perjalanan diteruskan lagi. Perjalanan dari Madinah ke Mekah dengan menaiki bas memakan masa lebih kurang 8jam. Itu pun sebab banyak singgah 'R&R' dan juga singgah tengok baboon. Hahaha. Baru saya tahu, Arab tak pernah tengok baboon rupanya. Disebabkan banyak sangat baboon di tepi highway, driver bas buat emergency brake. Kesian dekat sapa-sapa yang tengah tidur termasuk suami saya. Terkejut ingatkan ada accident. Arab oh Arab. Budak-budak Malaysia yang ada dalam bas ni relax je lah, baboon je kot. Hahaha. Tak perlu nak turun bas pun. Yang paling saya terkejut, banyak gila bas yang membawa jemaah umrah orang Arab ni yang berhenti. Ni kalau datang Malaysia, masuk zoo, sah jadi jakun. Aigoo! Sabar je lah. Hahaha. Ada sorang pakcik Arab ni, dia gelar baboon tu ' moneki'! Pelik jugak saya awal-awal tu, apa dia 'moneki'? Hahaha. Lepas tu, terus suami saya cakap 'monkey'. Hahaha. Bergema ketawa pelajar Malaysia dalam bas. Hancusssss English orang Arab ni. 'Moneki' terus menjadi trademark kami sepanjang perjalanan.

Kenangan di Madinah. 

Alhamdulillah, tiba di Makkah Al-Mukarramah tepat pada waktu Maghrib. Selepas check-in hotel dan solat jama' taqdim Maghrib & Isya', saya dan suami keluar untuk menunaikan umrah kami. Alhamdulillah, malam tu kehadiran umat manusia tak terlalu ramai. Senang untuk kami bergerak. Lepas habis je umrah, suami ajak saya makan. Malam tu, selera makanan Melayu sangat tinggi. Tapi, malangnya. Masuk-masuk je Safwa Tower, Mat'am Malizia dah tutup. Hahaha. Ubah selera kepada western & indian food. Makan fried macarona & paratha (roti canai je pun!). Alhamdulillah. Lapik perut la sikit kan. Suami saya beli terus lauk untuk esoknya sebab hotel kami jauh. Kena naik coaster untuk datang ke Masjidil Haram, sebab tu encik suami beli terus lauk. Kiranya esok kalau nak makan, panaskan je. Saya bawak rice cooker pergi sana. Jimat duit sikit. Hehehe.

Hujung sebelah kanan Kak Illi & husband, Shafiy.
Masjid Nabawi.

Melawat ke tempat ternakan kuda, keldai, unta, burung unta dan kambing di Mekah.

Married couple diapit dengan jejaka bujang. Hahaha.
Masjid Nabawi.

Before Maghrib di Masjid Nabawi.

Antara tempat yang sempat kami lawati di Mekah ialah Tempat perjanjian Sulh Hudaibiyah, Tempat ternakan Haiwan, dan Jabal Nuur (Gua Hira'). Yang lain-lain banyak habis masa di masjid dan hotel. Teringat kenangan semasa mendaki Jabal Nuur. Tempat dimana Baginda S.A.W menerima wahyu yang pertama daripada Allah melalui malaikat Jibril. Ya Allah, tingginya bukit ni. Tak terdaki rasa saya. Kami bertolak ke Jabal Nuur selepas subuh. Masa kami sampai tu, kebanyakan orang Turki semuanya dalam perjalanan turun dari Jabal Nuur. Untuk hari itu, kiranya kami adalah pengunjung yang pertama lah kot. Hehe. Suami saya bekalkan saya roti croissant dan air mineral. Tak sempat nak breakfast pun. Sambil-sambil mendaki, kami berhenti rehat untuk minum dan makan roti. Daki punya daki, tak sampai-sampai. Sampailah saya dah give up. Saya bagitahu suami saya yang saya tak nak naik dah. Tak larat dah nak sampai puncak. Tapi, suami kan. Mana boleh tengok isterinya mengalah. Dia pujuk saya untuk teruskan jugak daki Jabal Nuur. Bukan senang nak datang sini. Ada lah jugak dia kena 'marah' dengan saya hingga saya merajuk dengan dia. Sebabnya, setiap kali saya berhenti dan mengadu penat, dia mesti cakap " Sayang kan kuat. Sikit je lagi ni." Masa tu mungkin saya penat sangat, dia asyik cakap sikit je lagi berulang kali. Padahal jauh lagi nak daki Jabal Nuur. Salah saya jugak. Saya jarang bersenam. Sebab tu bila sekali naik bukit yang tinggi, semput terlebih. Tapi, Alhamdulillah. Berjaya juga sampai puncak. Hehehe.

Suami saya tengah pujuk saya. Tiba-tiba, ada org panggil nak ambil gambar.




Nak turun dari Gua Hira' dah. Sayonara Jabal Nuur.

Dan Alhamdulillah sekali lagi sebab dikurniakan kesihatan yang baik. Sakit pinggang sikit-sikit tu biasalah. Berjalan jauh. Alhamdulillah juga sebab Allah dah kurniakan ketenangan yang tak mungkin saya rasa di Malaysia/Jordan sepertimana yang saya rasa di Tanah Haramain. What a relief! It's so calm! Semoga Allah terus memberi kesempatan kepada saya, suami dan keluarga yang lain untuk menjadi tetamuNya di lain masa. InsyaAllah. Tu je kot story trip Haramain saya kali ni.

Friday, January 11, 2013

Winter Season 2013

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah!
2nd year in Jordan.
2nd year of snowing!

Awal-awal musim sejuk dulu, ada cakap-cakap dekat encik husband, " rasanya tahun ni tak salji dah kot! ". Rupanya, tanggal 9hb pagi, bangun-bangun je dari tidur, dengar suara orang riuh kat luar. Intai laa di sebalik tingkap, rupa-rupanya it's snow!!

hahahaha. kali ni tak 'jakun' mcm tahun 1st dulu. tahun 1st dulu ye laa, mana pernah nampak salji. tak tahu nak cakap rasa apa dengan salji ni. suka ada, sedih pun ada. Hari tu, dah plan dengan encik suami nak pergi main dekat Universiti lepas zohor and lunch. Sebelum main, kena lapik perut dulu, takut kelaparan sangat-sangat. Sejuk-sejuk macam ni memang kena makan selalu! Hahaha.

Lepas je solat zohor and lunch, dah siap-siap dah ni semangat nak pergi main snow punya pasal, keluar rumah je, mixed rain & snow! Lebat gila! Tak taw nak habaq! Sambil jalan ni, tak boleh bukak mata. Sejuk lah kena mata. Sebabkan lebat sangat rain & snow yang turun masa tu, terus encik suami batalkan. Dia cakap " Main atas sutuh ( bumbung ) je laa.. ". Sedih betul masa tuu! Punya semangat dah nak ambil gambar-gambar yang cantik-cantik. Tapi, tak pe la. Selagi boleh main.

And the night comes, all of the resident of Mu'tah, out of electricity! Blackout! Kejap ada kejap tak ada. Eh, main-main pulak lampu ni, ketuk nanti! Bila tengok je pekan Mu'tah malam semalam, seolah-olah Mu'tah ni tak ada penduduk. Betapa 'horror'nya bumi Mu'tah semalam. Dan malam semalam jugak lah, bergotong-royong dengan encik suami memasak di dapur bercahayakan lilin. Lepas dinner, kami terlena dalam pekat malam. Tak tahu berapa lama kami terputus bekalan elektrik, yang pasti almost 20 hours! Area petang tadi baru ada elektrik.

Dan hari ini, salji turun lagi. Tapi, hari ni tak keluar pun. Tengok dari tingkap je. Ramai betul yang update kata salji makin menebal dan sudah sampai paras lutut. Cuaca hari ni memang mendung je lah. Yelah! Dah snowing, keluar matahari terik nanti, tak ada laa salji sampai lutut! Hahaha. Hari ni memang rasa sejuk yang amat sangat. Real feel -4 celcius! Oh ho ho! Melebihi takat beku peti ais. Nak masak pun susah. Dengan air tak nak keluarnya. Mana taknya, dalam tangki penuh salji beku! Ujian sungguh! And the day goes as the Earth mengelilingi Matahari. Semoga terus tabah mengahadapi Winter Season 2013!

Ada arab bagitahu, salji tahun ni is the WORST over 30 years!
Dekat Jordan ni, semua tempat area -4 to 2 celcius only! Kecuali Dead Sea ; 13 celcius! Mana-mana yang tak tahan sejuk, pi la Laut Mati. :D

few snap main salji atas sutuh :
muka menahan sejuk!

terujaaaaaaaaaaaa! ^__^