Tuesday, May 7, 2013

21st Birthday!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum semua!

Post kali ni nak story about my birthday on 6th of May 2013.
Alhamdulillah, officially 21! GE14 nanti bolehlah mengundi.

12.00 malam (06 Mei 2013)
Menanti-nanti jugak lah ucapan dari suami tercinta. Tapi, langsung tak ada. Hanya kawan-kawan yang wish di FB. Mungkin dia terlupa sebab bahang GE13 kan tak habis lagi. Seharian jugak lah sepanjang hari tu, sentiasa menanti ucapan dari suami. Apa dia benar-benar lupa ke? Sedih sangat rasa bila orang yang paling hampir dengan kita lupa hari istimewa buat diri kita. Tapi, sengaja sedapkan hati. Mungkin dia sengaja tak nak wish, dan mungkin dia mahu menjadi orang terakhir yang make a wish to me.

Balik dari kelas, pukul 2.00 petang. Sakit kepala yang sangat-sangat. Tapi, gagahkan jugak solat, kemas-kemas dapur sikit dan tidur. Sebelum tidur tu, abang sempat bagitahu bahawa dia nak keluar sekejap. Nak ambil katil katanya. Lepas tu, terus tak sedar. Sedar je dari tidur, dah masuk waktu Asar. Terus bangun solat. Kepala masih sakit lagi ni dan abang belum balik lagi. Kalau dia dah balik, boleh lah mintak tolong urutkan sekejap.

Terus menanti kepulangan abang. Lama sangat ambil katilnya pun! Last-last, dah nak Maghrib baru dia balik. Masa tu, macam biasa, pura-pura tidur. Hehehe. Tapi, dia dah tahu taktik tu. Tak jadi lah pura-pura. Abang ajak solat Maghrib dan teman dia keluar nak cucuk duit. Pelik! Selalu OK je pergi cucuk duit sorang-sorang. Kali ni, nak berteman. Bila ditolak, abang mulalah  buat ayat kesian. Kalau dah namanya suami, tak sampai hati pulak nak tolak. Kuatkan jugak diri teman dia keluar. Nasiblah masa tu dah kurang sakit. Lepas cucuk duit, dia ajak beli syawarma (sejenis makanan arab), lepas tu ajak pergi beli air pulak. Orang dah penat ni. Dia saja je lambat-lambat. Saya dah mula syak sesuatu. Tapi, tak cakap pun dekat dia. Just go on follow dia. Tapi, lepas je dia beli air tu, terus ajak dia balik. Tak nak pergi mana-mana dah. Tak larat.

Sampai je rumah, abang terus suruh ambil charger handphone dia kat bilik sebelah. Saya bagitahu lah dia," tadi sayang baru simpan charger abang dalam laci meja study". Lepas tu dia balas, " Eh, silap. Ambil buku abang dekat sebelah. "
Buku apa lah pulak ada kat bilik sebelah. Semua ada dalam bilik ni. Takpelah. Hanya menurut perintah. Bukak pintu bilik, tak sempat bukak lampu. Nampak tudung warna putih. Terus respon, " EH? ", "Surpriseeeee! Sanah Helwah Mama! ", dapat detect suara kawan-kawan yang tak asing lagi. Terus lari dapatkan abang. Menangis. Ini kali kedua dapat kejutan daripadanya. Kali pertama, sambutan birthday bertemakan orang datang meminang.

Haaaa! Lepas tu, macam biasalah. Sesi potong kek! Abang hadiahkan fresh flowers dan juga kasut comel yang saya nak dari dulu lagi. :) Tenkiyuuuuuuuuuuuuuuuu Abang!
Banyak jugak hidangan malam tu, ada spaghetti bolognese, chicken chop, triffle and birthday cake! Chicken chop the best!

Last but not least, thanks a lot kpd semua yang bersepakat dengan abang.
Thank you so much abang sebab sentiasa menggembirakan sayang, sentiasa memberikan yang terbaik untuk sayang, sentiasa menyayangi sayang dan sentiasa menjadi yang romantik untuk sayang!

Maaf kalau ayat tunggang-terbalik. Saya bukan budak sastera yang pandai menyusun ayat!

Happy 21! :)

1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum Wid ;)
Wahhh..bestnya diaa..romantik betoiiii...>.<