Saturday, August 3, 2013

RAYA Cookies!

Assalamualaikum.

Sempena Syawal yang bakal tiba, SELAMAT HARI RAYA diucapkan buat semua.

Dalam entry ni, saja nak jot pasal pengalaman first make my own cookies! Ada hati nak buat pun sebab encik suami yang request. Kalau tak, liat jugak ni nak buat cookies. Demand jugak taste encik suami ni. Nak cookies mahal. Sampai guna cornflakes lagi tu. (Tak de la mahal mana pun!) So, untuk raya kali ni, penuhkan hasrat encik suami yang nak Cornflakes Madu & Cornflakes Chocolate Chips!

Malam semalam dah buat Cornflakes Madu, tapi buat sikit je la. Mana larat tengah-tengah malam nak membuat kuih pulak. Mimpi apa pun tak tahu lah encik suami tu request nak Cornflakes Madu malam-malam. Buat lah dalam 1 bekas je pun. banyak betul dia makan sampai tinggal berapa cup je lagi dalam bekas tu! Nampaknya, memang kena buat lagi banyak, sekali hadap je hampir 1 bekas nak habis.

Hari ni, buat Cornflakes Chocolate Chips! On my own! Mama just tolong putarkan bahan-bahan sampai kembang dengan susun kuih. Bersemangat betul buat kuih. Dari tengah hari sampai ke petang orang tengah sibuk-sibuk masak kat dapur. And tadi, masa berbuka my lil brother asked for cookies yang dah dibuat. Alhamdulillah! Dapat pujian! Mana tak seronok, pertama kali buat kuih terus jadi. Hehehehe. :D

And now, tengah free! Kejap lagi nak sambung untuk Cornflakes Madu pulak.

Semalam punya Cornflakes Madu yang dah nak habis!

Cornflakes Choc Chip Cookies
Fresh from oven! 
CAUTION : It's HOT!

Sejukkan dulu sebelum masuk balang.

DONE! ^_^

Wassalam. :)