Alhamdulillah. 23 Januari lepas, saya dan suami telah dijemput untuk menjadi tetamuNya. Ini merupakan kali pertama saya menjadi tetamu Allah dan merupakan kali kedua buat suami saya.
Asalnya kami akan bertolak selepas solat Zohor, tapi atas sebab orang 'ARAB' yang tidak pandai menepati masa, kami bertolak selepas Maghrib. Hanya Allah tahu betapa seksa berjanji dengan orang 'ARAB'.
Takpelah. Stop masuk campur urusan bangsa mereka.
Umrah kali ini, saya dan suami singgah di Madinah dulu untuk 3 hari. Dan 5 hari di Mekah. Perjalanan dari Mu'tah ke Madinah makan masa hampir satu hari perjalanan. Haha. Dah lah naik bas, penatnya memang tidak terhingga. Allah!
Tak dapat dinafikan, perasaan teruja sebaik sahaja tiba di Madinah. Teringat pada Abah yang dahulunya belajar di Universiti Islam Madinah. Teringin nak pergi melawat, kalau dapat lalu pun jadi lah. Yang paling terujanya, Allah dah hadiahkan 'ketenangan' yang cukup luar biasa dan sangat bermakna sepanjang berada di Tanah Haramain.
Antara tempat yang sempat kami lawati di Madinah ialah Jabal Rummah, Jabal Uhud, Makam Saidina Hamzah, dan Kilang Percetakan Al-Quran. Eh, ke ada lagi ye? Tak ingat lah pulak. Haha. Haaa! On the way ke kilang percetakan Al-Quran ni la, sempatlah lalu depan Universiti Islam Madinah. Jauh jugak dari pekan Madinah. Rindu Abah! Sob3 :'(
Entrance to Islamic University of Madinah.
Tempat Abah menimba ilmu. Abah in course Da'wah and Usuluddin.
Sebelum sampai ke Madinah, encik suami saya suka sangat cerita pasal makanan. Mentang-mentanglah isteri dia ni kuat makan. Hahaha. Katanya, senang nak cari makanan orang Asia kat Madinah dan Mekah. Especially dekat Mekah sebab ada Mat'am Malizia. Dekat Madinah ni, mungkin ada tapi tak banyak. Yang kami jumpa dekat Madinah ialah Rumah Makan Indonesia. Hahaha. Asia la tu kan. Sempatlah isi perut ni dengan bakso semangkuk. Suami saya makan 2 mangkuk bakso sebab ter'exceed' order. Hahaha. Kesian dia.
Hidangan nasi dan bakso lebih tu untuk member kami ; Kak Illi & husband, Shafiy. And a friend from Madinah ; Ustaz Amin.
Oh! Oh! Ada lagi. Masa kami melawat ke Kilang Percetakan Al-Quran, saya tak dibenarkan masuk. Hanya suami saya sahaja yang masuk. It means perempuan memang tak boleh masuk. Faham-faham je lah kan. Wanita ni ada yang datang bulan. Nanti, semata-mata nak masuk punya pasal, tipu kononnya suci. Tapi, mungkin cara ini terbaik mereka menjaga kesucian Al-Quran. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar encik suami saya sorang ni. Last-last, keluar dengan senaskhah Al-Quran 'free'. Alhamdulillah. Rezeki Allah. :)
Esoknya kami bertolak ke Makkah Al-Mukarramah. Sepanjang perjalanan, saya sentiasa mendoakan agar Allah limpahkan kesihatan yang baik buat saya dan suami. Berdebar rasanya nak jejakkan kaki ke Tanah Haram. Dalam perjalanan tu, fikiran saya mula melayang kepada sebuah kisah yang saya baca lama dahulu dalam majalah 'MASTIKA'. Kisah seorang perempuan yang nampak Kaabah datang bergolek seolah-olah nak menghempap dirinya. Allah. Balasan secara tunai Allah bagi. Saya istighfar banyak-banyak mohon Allah ampuni semua dosa saya dan suami.
Kami singgah di Birr Ali untuk memulakan niat umrah kami. Alhamdulillah, Allah Maha Mendengar. Allah memudahkan segala urusan kami. Perjalanan diteruskan lagi. Perjalanan dari Madinah ke Mekah dengan menaiki bas memakan masa lebih kurang 8jam. Itu pun sebab banyak singgah 'R&R' dan juga singgah tengok baboon. Hahaha. Baru saya tahu, Arab tak pernah tengok baboon rupanya. Disebabkan banyak sangat baboon di tepi highway, driver bas buat emergency brake. Kesian dekat sapa-sapa yang tengah tidur termasuk suami saya. Terkejut ingatkan ada accident. Arab oh Arab. Budak-budak Malaysia yang ada dalam bas ni relax je lah, baboon je kot. Hahaha. Tak perlu nak turun bas pun. Yang paling saya terkejut, banyak gila bas yang membawa jemaah umrah orang Arab ni yang berhenti. Ni kalau datang Malaysia, masuk zoo, sah jadi jakun. Aigoo! Sabar je lah. Hahaha. Ada sorang pakcik Arab ni, dia gelar baboon tu ' moneki'! Pelik jugak saya awal-awal tu, apa dia 'moneki'? Hahaha. Lepas tu, terus suami saya cakap 'monkey'. Hahaha. Bergema ketawa pelajar Malaysia dalam bas. Hancusssss English orang Arab ni. 'Moneki' terus menjadi trademark kami sepanjang perjalanan.
Alhamdulillah, tiba di Makkah Al-Mukarramah tepat pada waktu Maghrib. Selepas check-in hotel dan solat jama' taqdim Maghrib & Isya', saya dan suami keluar untuk menunaikan umrah kami. Alhamdulillah, malam tu kehadiran umat manusia tak terlalu ramai. Senang untuk kami bergerak. Lepas habis je umrah, suami ajak saya makan. Malam tu, selera makanan Melayu sangat tinggi. Tapi, malangnya. Masuk-masuk je Safwa Tower, Mat'am Malizia dah tutup. Hahaha. Ubah selera kepada western & indian food. Makan fried macarona & paratha (roti canai je pun!). Alhamdulillah. Lapik perut la sikit kan. Suami saya beli terus lauk untuk esoknya sebab hotel kami jauh. Kena naik coaster untuk datang ke Masjidil Haram, sebab tu encik suami beli terus lauk. Kiranya esok kalau nak makan, panaskan je. Saya bawak rice cooker pergi sana. Jimat duit sikit. Hehehe.
Esoknya kami bertolak ke Makkah Al-Mukarramah. Sepanjang perjalanan, saya sentiasa mendoakan agar Allah limpahkan kesihatan yang baik buat saya dan suami. Berdebar rasanya nak jejakkan kaki ke Tanah Haram. Dalam perjalanan tu, fikiran saya mula melayang kepada sebuah kisah yang saya baca lama dahulu dalam majalah 'MASTIKA'. Kisah seorang perempuan yang nampak Kaabah datang bergolek seolah-olah nak menghempap dirinya. Allah. Balasan secara tunai Allah bagi. Saya istighfar banyak-banyak mohon Allah ampuni semua dosa saya dan suami.
Kami singgah di Birr Ali untuk memulakan niat umrah kami. Alhamdulillah, Allah Maha Mendengar. Allah memudahkan segala urusan kami. Perjalanan diteruskan lagi. Perjalanan dari Madinah ke Mekah dengan menaiki bas memakan masa lebih kurang 8jam. Itu pun sebab banyak singgah 'R&R' dan juga singgah tengok baboon. Hahaha. Baru saya tahu, Arab tak pernah tengok baboon rupanya. Disebabkan banyak sangat baboon di tepi highway, driver bas buat emergency brake. Kesian dekat sapa-sapa yang tengah tidur termasuk suami saya. Terkejut ingatkan ada accident. Arab oh Arab. Budak-budak Malaysia yang ada dalam bas ni relax je lah, baboon je kot. Hahaha. Tak perlu nak turun bas pun. Yang paling saya terkejut, banyak gila bas yang membawa jemaah umrah orang Arab ni yang berhenti. Ni kalau datang Malaysia, masuk zoo, sah jadi jakun. Aigoo! Sabar je lah. Hahaha. Ada sorang pakcik Arab ni, dia gelar baboon tu ' moneki'! Pelik jugak saya awal-awal tu, apa dia 'moneki'? Hahaha. Lepas tu, terus suami saya cakap 'monkey'. Hahaha. Bergema ketawa pelajar Malaysia dalam bas. Hancusssss English orang Arab ni. 'Moneki' terus menjadi trademark kami sepanjang perjalanan.
Kenangan di Madinah.
Hujung sebelah kanan Kak Illi & husband, Shafiy.
Masjid Nabawi.
Melawat ke tempat ternakan kuda, keldai, unta, burung unta dan kambing di Mekah.
Married couple diapit dengan jejaka bujang. Hahaha.
Masjid Nabawi.
Before Maghrib di Masjid Nabawi.
Antara tempat yang sempat kami lawati di Mekah ialah Tempat perjanjian Sulh Hudaibiyah, Tempat ternakan Haiwan, dan Jabal Nuur (Gua Hira'). Yang lain-lain banyak habis masa di masjid dan hotel. Teringat kenangan semasa mendaki Jabal Nuur. Tempat dimana Baginda S.A.W menerima wahyu yang pertama daripada Allah melalui malaikat Jibril. Ya Allah, tingginya bukit ni. Tak terdaki rasa saya. Kami bertolak ke Jabal Nuur selepas subuh. Masa kami sampai tu, kebanyakan orang Turki semuanya dalam perjalanan turun dari Jabal Nuur. Untuk hari itu, kiranya kami adalah pengunjung yang pertama lah kot. Hehe. Suami saya bekalkan saya roti croissant dan air mineral. Tak sempat nak breakfast pun. Sambil-sambil mendaki, kami berhenti rehat untuk minum dan makan roti. Daki punya daki, tak sampai-sampai. Sampailah saya dah give up. Saya bagitahu suami saya yang saya tak nak naik dah. Tak larat dah nak sampai puncak. Tapi, suami kan. Mana boleh tengok isterinya mengalah. Dia pujuk saya untuk teruskan jugak daki Jabal Nuur. Bukan senang nak datang sini. Ada lah jugak dia kena 'marah' dengan saya hingga saya merajuk dengan dia. Sebabnya, setiap kali saya berhenti dan mengadu penat, dia mesti cakap " Sayang kan kuat. Sikit je lagi ni." Masa tu mungkin saya penat sangat, dia asyik cakap sikit je lagi berulang kali. Padahal jauh lagi nak daki Jabal Nuur. Salah saya jugak. Saya jarang bersenam. Sebab tu bila sekali naik bukit yang tinggi, semput terlebih. Tapi, Alhamdulillah. Berjaya juga sampai puncak. Hehehe.
Suami saya tengah pujuk saya. Tiba-tiba, ada org panggil nak ambil gambar.
Nak turun dari Gua Hira' dah. Sayonara Jabal Nuur.
Dan Alhamdulillah sekali lagi sebab dikurniakan kesihatan yang baik. Sakit pinggang sikit-sikit tu biasalah. Berjalan jauh. Alhamdulillah juga sebab Allah dah kurniakan ketenangan yang tak mungkin saya rasa di Malaysia/Jordan sepertimana yang saya rasa di Tanah Haramain. What a relief! It's so calm! Semoga Allah terus memberi kesempatan kepada saya, suami dan keluarga yang lain untuk menjadi tetamuNya di lain masa. InsyaAllah. Tu je kot story trip Haramain saya kali ni.


No comments:
Post a Comment