Alhamdulillah!
2nd year in Jordan.
2nd year of snowing!
Awal-awal musim sejuk dulu, ada cakap-cakap dekat encik husband, " rasanya tahun ni tak salji dah kot! ". Rupanya, tanggal 9hb pagi, bangun-bangun je dari tidur, dengar suara orang riuh kat luar. Intai laa di sebalik tingkap, rupa-rupanya it's snow!!
hahahaha. kali ni tak 'jakun' mcm tahun 1st dulu. tahun 1st dulu ye laa, mana pernah nampak salji. tak tahu nak cakap rasa apa dengan salji ni. suka ada, sedih pun ada. Hari tu, dah plan dengan encik suami nak pergi main dekat Universiti lepas zohor and lunch. Sebelum main, kena lapik perut dulu, takut kelaparan sangat-sangat. Sejuk-sejuk macam ni memang kena makan selalu! Hahaha.
Lepas je solat zohor and lunch, dah siap-siap dah ni semangat nak pergi main snow punya pasal, keluar rumah je, mixed rain & snow! Lebat gila! Tak taw nak habaq! Sambil jalan ni, tak boleh bukak mata. Sejuk lah kena mata. Sebabkan lebat sangat rain & snow yang turun masa tu, terus encik suami batalkan. Dia cakap " Main atas sutuh ( bumbung ) je laa.. ". Sedih betul masa tuu! Punya semangat dah nak ambil gambar-gambar yang cantik-cantik. Tapi, tak pe la. Selagi boleh main.
And the night comes, all of the resident of Mu'tah, out of electricity! Blackout! Kejap ada kejap tak ada. Eh, main-main pulak lampu ni, ketuk nanti! Bila tengok je pekan Mu'tah malam semalam, seolah-olah Mu'tah ni tak ada penduduk. Betapa 'horror'nya bumi Mu'tah semalam. Dan malam semalam jugak lah, bergotong-royong dengan encik suami memasak di dapur bercahayakan lilin. Lepas dinner, kami terlena dalam pekat malam. Tak tahu berapa lama kami terputus bekalan elektrik, yang pasti almost 20 hours! Area petang tadi baru ada elektrik.
Dan hari ini, salji turun lagi. Tapi, hari ni tak keluar pun. Tengok dari tingkap je. Ramai betul yang update kata salji makin menebal dan sudah sampai paras lutut. Cuaca hari ni memang mendung je lah. Yelah! Dah snowing, keluar matahari terik nanti, tak ada laa salji sampai lutut! Hahaha. Hari ni memang rasa sejuk yang amat sangat. Real feel -4 celcius! Oh ho ho! Melebihi takat beku peti ais. Nak masak pun susah. Dengan air tak nak keluarnya. Mana taknya, dalam tangki penuh salji beku! Ujian sungguh! And the day goes as the Earth mengelilingi Matahari. Semoga terus tabah mengahadapi Winter Season 2013!
Ada arab bagitahu, salji tahun ni is the WORST over 30 years!
Dekat Jordan ni, semua tempat area -4 to 2 celcius only! Kecuali Dead Sea ; 13 celcius! Mana-mana yang tak tahan sejuk, pi la Laut Mati. :D
few snap main salji atas sutuh :
muka menahan sejuk!
terujaaaaaaaaaaaa! ^__^







No comments:
Post a Comment