Monday, December 31, 2012

My Resipi

Assalamualaikum.

Hihihi. Saja nak bagitahu yang saya ada post resipi di My Resipi.


Baru je start post hari ni. Kiranya baru ada 1 resipi.

Saya post resipi 'Spaghetti Meatball' yang menjadi kegemaran suami saya.

Boleh cuba kalau anda berminat! :)
Maaf segala kekurangan.

ini resipi saya : Resipi Spaghetti Widad.

Saya guna username Wan.Widad. Nanti kalau nampak ada tertera nama saya kat resipi tu, jangan lupa cuba resipi saya ye.

Love you peeps!



Tuesday, December 25, 2012

Moga dipermudahkan!

Assalamualaikum!

Tak boleh nak update entry post ni panjang-panjang sebab dalam 'study week' ni. Prepare for final. Masa itu sangat berharga weh! Hihihi. Lepas final ni, ada la jugak cuti dalam 3weeks gitu! Boleh la kot update panjang-panjang. Peace!

We already have our plan for this winter break! Nak tahu tak? Hihihi. InsyaAllah, kalau tak ada apa-apa aral, kami akan menunaikan UMRAH. Of course it'll be visiting Masjidil Haram. Dah lama simpan hasrat ni. Kalau dulu, i always dream to go to Makkah with Abah, Mama, Kak Long dengan Adik. Tapi, tak tercapai.pulak, boleh pergi dengan suami je. Hihihi. Takpe! I'll pray to Allah that one day i'll be able to visit Makkah with my family and hubby! InsyaAllah. Semoga dimakbulkan Allah. Ameen.

Dah tu, kalau nak pergi umrah, kena laa prepare kan diri kan. Dalam asyik prepare for final, prepare jugak laa untuk persiapan diri ke sana. Doakan saya dan suami ye! :)

Doakan semoga segala urusan kami dipermudahkan Allah.

Kat bawah ni, ada laa sikit gambar. Gambar ni masa suami saya pergi umrah dengan kawan-kawan dia.






Habis dah! Prepare for FINAL! Daaaa! :)


Sunday, December 16, 2012

Adab Ziarah & Menjadi Tetamu

Bismillahirrahmanirrahim.

Haaaa! Post kali ni lebih kepada tazkirah sikit. Sama-sama mengingatkan.
Sebab terjadi dekat saya la, saya buat post ni. Geram sangat!!

Saya dan suami merupakan Perwakilan Mantiqah Mu'tah Badan Kebajikan Anak Perak Jordan. This week memang totally busy collect dokumen zakat dari student tahun 1. Yang jadi geramnya, awal-awal tak nak hantar pulak dokumen, hari tu tarikh tutup, hari tu jugak laa nak hantar dokumen. Hinggakan datang nak hantar dokumen tak kira waktu. Even waktu solat! Then, terpaksalah mereka ketuk pintu lama-lama. Hahaha.

Okaylaa. Dokumen diorang semua dah selamat dalam jagaan saya. Yang buat makin panas nya, bila jumpa dengan orang yang datang waktu Maghrib tu dekat universiti esok paginya, boleh pulak dia cakap " Widad, akak laa yang datang rumah kamu tu. Ketuk pintu macam nak mati! "
Tak ada sapa suruh pun datang waktu Maghrib, nasiblah tunggu lama sikit baru bukak pintu. Dengan cuaca sejuk kat luar tuu!

Oleh itu, sama-sama kita CAKNA. Jangan berkunjung di waktu yang salah sebab antara adab ziarah & menjadi tetamu itu sendiri ialah memilih waktu yang sesuai.

Dimaafkan lah kes tadi sebab urgent! Lain kali, sila hantar sebelum tarikh tutup.

Antara adab ziarah & menjadi tetamu :

* Berniat yang baik.
* Tidak terlalu sering berkunjung.
* Memilih waktu yang tepat.
* Menjaga adab-adab isti'dzan
* Tundukkan pandangan terhadap privasi rumah.

dan banyak lagi.
Rujukan : Adab Ziarah & Menjadi Tetamu

Wallahu a'lam.

Saturday, December 8, 2012

2 in 1

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum and hi to all my beloved peeps!



'Orang Ketiga'
Anak merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai kepada mereka yang bergelar suami dan isteri.
Mereka ibarat kain putih, kitalah yang akan mewarnakannya.
Moga anak-anak kita menjadi insan yang soleh & solehah.
Moga warna Islam dan Iman yang akan mewarnai kain putih itu.

Duduk kat bumi Mu'tah ni, bukan saya dan suami je yang sudah berkahwin, banyak lagi pasangan pelajar Malaysia yang sudah pun mendirikan rumah tangga. Almaklum sahaja lah, bila ada pasangan yang berkahwin, ramai yang ternanti-nanti berita gembira akan kehadiran orang ketiga.

Teringat masa skype-ing dengan Mama, Mama saya asyik tanya saya macam ni :
Mama : "KakYang, kamu tak ada muntah-muntah ke? Skype hari tu Mama mcm dengar kamu 'uwek-uwek' je.."
- ( Haa! Sudah! Soalan mama ni curious semacam! )
Saya : " Tak ada pun muntah-muntah lagi Ma. Belum rezeki lagi. Kenapa? Nak cucu ke? "
- ( Mama mengukir senyuman yang sangat saya rindukan.)
Mama : " Tak ada lah, Mama risau. Kamu lama lagi kat Jordan, takut ganggu fokus study. "
- ( Okay! Faham dah!! Mama risau kalau saya mengandung, plus mungkin bimbang sebab saya jauh dengan dia. Almaklum, kalau saya mengandung, it will be my first pregnancy! Harus Mama risau! )
Saya : " Tak ada lah Ma. Tak ada ape lagi ni. Belum lagi. Study bagi dapat degree dulu ye Ma? "
- ( Haaa! Mama senyum lagi. )

Kalau nak ikutkan, bulan 3 tahun depan, Mama akan ada 3 orang cucu. Seronok Mama menanti kehadiran cucu ketiga from my KakLong. Semoga Allah permudahkan urusan KakLong saya bersalin nanti. :)

Buat masa ini, bukan rezeki kami lagi untuk menerima kehadiran orang ketiga. Dari sudut persediaan, saya sendiri konfius sama ada saya sudah bersedia atau tidak untuk bergelar ibu. Perasaan yang datang ini sama seperti ketika saya membuat keputusan untuk berkahwin. Sekejap nak kahwin, sekejap tak nak kahwin. Takut kononnya! Tapi, Allah Lagi Mengetahui sama ada saya sudah bersedia atau tidak untuk menjadi seorang ibu kepada mujahid & mujahidah Islam.

Tapi, kalau ikutkan hati nurani saya, siapa yang tak nak anak.  Kawan-kawan saya pun selalu sangat suruh saya mengandung. Hahahahaha. Tawu nak ada budak je diorang nak buli. Sampai saya sendiri rasa nak anak, tapi bila teringatkan Mama, saya lagi bimbangkan perasaan Mama. Saya tak nak Mama terlalu risau. Kadang-kadang tu, saya JEALOUS tengok kakak-kakak kat sini yang dah ada anak. Diorang dah ada si cilik yang sentiasa menghiburkan diri. Memandangkan pengajian saya baru di tahun 2, lebih baik saya fokuskan kepada study dulu. Dah nak habis nanti baru boleh fikir fasal anak. Dah deal dengan cik Abang saya dah ni, fokus study dulu! Hehe ;)

One day, saya yang teruja lebih bila saya dapat tahu kawan saya mengandung! Whoooooaaaa! Seronoknya! Memandangkan perasaan tu saya tak dapat nak rasa lagi, saya pun selalu lah mengendeng-ngendeng tanya dia macam mana feel bila dapat tahu mengandung. Masa dia cerita, dapat gambarkan betapa seronoknya! Ya Allah, susahnya nak gambarkan perasaan bahagia tuuu! Seronoknya, nanti akan ada jasad yang membesar dalam rahim. Allah!

Ops Widad! Behave yourself sayang! :)

Haha. Tu je nak share. Seronok rupanya perasaan nak jadi Umi nii. Moga dapat rasa perasaan tu satu hari nanti. Doakan kami! :)



Friday, September 28, 2012

Sebulan menjadi isteri ; Mrs. Iezwan [Part 2]

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum and Hi all! :D

Post kali ni no need to jot down banyak-banyak.
I'll be posting pictures~

Akad nikah dengan 1 kali lafaz. Alhamdulillah!

Legally his wife! [ Solat Sunat Nikah ]

Abang baca doa dekat ubun kepala saya.

Our Ring!

My MOST Beloved Abah!


Sikit je gambar yang boleh post~ Yang lain tak boleh nak upload atas sebab tertentu.
^__^

Assalamualaikum.


Friday, September 21, 2012

Sebulan menjadi isteri ; Mrs. Iezwan

Bismillahirrahmanirrahim.

Hi peeps! Assalamualaikum. May all of you in the blessings of Allah SWT.

Tanggal 23 Ogos 2012 yang lalu, saya telah selamat diijab kabulkan dengan 'my prince charming', iaitu Mohamad Iezwan bin Ielias.

Tadaaaaa! Below is the pic of my husband!
Mr. Mohamad Iezwan bin Ielias.


Sebelum tu, we got engaged on 14th July 2012. Sekejap je kan tempoh pertunangan kami. Sebulan lebih je. Ye laa, kalau ikut balik keadaan kami, both studying in Jordan. Jauh dengan parents. Kan tak manis, pulang ke Jordan hanya dengan status 'fiancee' ~ Takut-takut menjadi buah mulut ' INTERNET Mu'tah ' je nanti. Jadi, the BEST decision telah dipersetujui dan disepakati oleh kedua-dua pihak, iaitu NIKAH. Praise be to Allah, Allah yang  lancarkan urusan kami untuk bernikah sebenarnya.

Engagement Day [14th July 2012]
Hari pertunangan kami sangat-sangat SIMPLE. NO hantaran needed. Just sarung cincin. That's all. buat apa susah-susah sediakan hantaran banyak-banyak. ISLAM is so SIMPLE. Why don't we practice? Tak salah pun kalau ada yang nak berhantaran-hantaran. Itu semua adat and it's your choice. :)



And i'm so proud with my engagement day, hinggakan my aunt wish to do so on my cousin's engagement day soon. Kita permudahkan selagi mana boleh dimudahkan. ^__^v

Sebulan lebih. Dalam tempoh sebulan, we need to settle all the procedure for our marriage. Kali ni, nak simple-simple sangat pun tak boleh, sebab banyak hati yang perlu dijaga. So, kita bersederhana sahaja lah~

* Attending Kursus Pra-Perkahwinan. [ We attended the last kursus in Ramadhan! Thank you Allah! We'll be married in Syawal, kalau tak ada kursus dalam Ramadhan, habislah~ Syarat nak kahwin, memang kena ada SIJIl kursus kahwin. ]
* Sewa baju kahwin.
* Settlekan katering.
* Kad jemputan.
* Cari barang hantaran.
* Many-many more...... =='

Ramai member yang calling-calling cakap tempoh sebulan nii terlalu singkat, sempat ke nak sediakan semua?
Kalau dah kita nakkan sesuatu, everything can be done in this short period. And, Alhamdulillah.. Settled everyhting in this period dengan bantuan parents and family belah suami. They're AWESOME you know! :D

And praise be to Allah again, everything goes smoothly on my weds~

Thank you for all guests yang sudi hadir. Thank you too untuk doa dan hadiah anda.

Dan kehidupan sebagai isteri, tak ada lah totally change my life pun. Cuma, bila dah bersuami, kena jaga makan, minum, pakai dan semuanya lah. Sometimes, jadi gila macam masa bujang dulu. I'm 20 okay! And I can't be like TOO MATURE woman. MATURE sikit je mampu. HIHI. :D
Kahwin muda, perangai pun orang muda lah kan? ;)

Untuk Encik Suami ;
Maaflah abang kalau isteri awak ke'anak-anakan'. Ada anak nanti baru boleh jadi umi yang sebenar~ HEHE :p

I'll be upload my weds pic. Dalam laptop Mr. Iezwan. See you soon peeps! :)

Friday, July 20, 2012

Ramadhan 1433H is back!

Assalamualaikum and Hi peeps! :')

Bismillahirrahmanirrahim.

Okay! Sedar tak sedar, bulan Ramadhan yang dinanti tiba jua akhirnya. Semoga Ramadhan kali ini membawa 1001 rahmat kepada kita semua. Jangan lupa DELETE dosa and REDEEM pahala banyak-banyak dalam bulan yang penuh berkat nii. Semoga kita semua dapat tingkatkan amal kita banyak-banyak buat bekalan di 'sana' nanti. [ Anggaplah Ramadhan kali ini adalah Ramadhan untuk kita yang terakhir. ]

Baru saya sedar setelah diberitahu oleh sorang kawan tadi~ Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhir untuk saya.. Ramadhan terakhir dengan title SINGLE. Tahun depan (kalau panjang umur), dah sambut Ramadhan berdua. Segala-galanya yang berkait dengan SINGLE akan tamat pada 23 Ogos 2012 jam 08.59pagi. HEHE. Tepat 9.00pagi, bermulalah semuanya yang berkait dengan BERDUA~ [ masa tuu bajet je tuu, entah tepat ke tidak, Wallahu a'lam. ]

Dah3! Dengan ini, saya dengan sukacitanya ingin mengucapkan
" SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1433H. "

* Semoga kita semua sentiasa dalam jagaanNya. Ameen.