Bismillahirrahmanirrahim.
Haaaa! Post kali ni lebih kepada tazkirah sikit. Sama-sama mengingatkan.
Sebab terjadi dekat saya la, saya buat post ni. Geram sangat!!
Saya dan suami merupakan Perwakilan Mantiqah Mu'tah Badan Kebajikan Anak Perak Jordan. This week memang totally busy collect dokumen zakat dari student tahun 1. Yang jadi geramnya, awal-awal tak nak hantar pulak dokumen, hari tu tarikh tutup, hari tu jugak laa nak hantar dokumen. Hinggakan datang nak hantar dokumen tak kira waktu. Even waktu solat! Then, terpaksalah mereka ketuk pintu lama-lama. Hahaha.
Okaylaa. Dokumen diorang semua dah selamat dalam jagaan saya. Yang buat makin panas nya, bila jumpa dengan orang yang datang waktu Maghrib tu dekat universiti esok paginya, boleh pulak dia cakap " Widad, akak laa yang datang rumah kamu tu. Ketuk pintu macam nak mati! "
Tak ada sapa suruh pun datang waktu Maghrib, nasiblah tunggu lama sikit baru bukak pintu. Dengan cuaca sejuk kat luar tuu!
Oleh itu, sama-sama kita CAKNA. Jangan berkunjung di waktu yang salah sebab antara adab ziarah & menjadi tetamu itu sendiri ialah memilih waktu yang sesuai.
Dimaafkan lah kes tadi sebab urgent! Lain kali, sila hantar sebelum tarikh tutup.
Antara adab ziarah & menjadi tetamu :
* Berniat yang baik.
* Tidak terlalu sering berkunjung.
* Memilih waktu yang tepat.
* Menjaga adab-adab isti'dzan
* Tundukkan pandangan terhadap privasi rumah.
dan banyak lagi.
Rujukan : Adab Ziarah & Menjadi Tetamu
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment