Saturday, July 7, 2012

Mabrook Ainol dan suami!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum and hi peeps!

Oo.. Oo.. Ini first post untuk Julai. Lama jugak tak update ye.

Hari ni, saya pergi ke walimah kawan saya yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, umur 20 dah kahwin. Okay! Ada terselit JEALOUS di situ. Bilalah nak sampai turn saya nii? Teringin nak kahwin awal jugak. ;)

InsyaAllah! InsyaAllah! InsyaAllah! Ada rezeki, pasti! Kita merancang dan Allah juga merancang, dan Allah adalah sebaik-baik perancang.

Okay! Nak story about konvoi yang entah pape je. Saya ditugaskan untuk jemput sorang kawan saya yang turun dari Penang. Mujurlah dia sampai awal jugak. Kitorang naik dua buah kereta je. Satu kereta Cik Aiffah yang drive dan satu lagi saya. HEHE. Niqab tak halang saya untuk drive ye. :)
Geram betul dengan Cik Aiffah, dahlah saya tak tahu jalan, dia pergi pecut macam pelesit! Urgh! Then, bila saya dah ada kat depan, saya pun ikut kepala saya je masuk simpang sana, masuk simpang sini. No wonder boleh sesat sampai ke Pekan Gopeng! HEHE. Nasib lah ada kawan yang dah sampai sana sudi jemput balik. Along! I Love You lah! Along jadi kepala jalan kitorang pulak. And praise be to Allah, sampai dengan selamatnya.

* Moralnya : Kalau tak tahu jalan, jangan ikut sedap kepala sendiri. Tanyalah yang tahu. HEHE :)

Oh! Tentang Ainol dan suami, saya teringin nak tahu tentang suami Ainol. Yelah, suami kawan, takkan kita tak nak tahu sikit latar belakang dia. Konon je dalam kereta nak tanya itu, nak tanya ini, bila dah jumpa pengantin, hilang semua! SERONOK tengok diorang! Tak kisahlah siapa pun suami dia, moga dia menjaga kawan saya dengan sebaiknya! Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat! Moga cinta sampai jannahNya. InsyaAllah!

Selamat Pengantin Baru Ainol dan suami!
Mabrook!

Mungkinkah Along selepas ini?

atau saya? HEHE :D

We're friends! :D

sekian.
*Assalamualaikum!




4 comments:

nahunabila said...

dua org kt atas tu calon terdekat. haha. erghh pic aku tudung kelepet lg. mencik kipas angin. huhu

khainisa said...

widad, nnt nak kahwin jgn lupe ajak. ;)

IZ IL said...

inshaAllah !

IZ IL said...

inshaAllah..

HAHAHAH..May Allah ease and bless u !