Friday, December 9, 2011

SUKANYA dekat dia!

# pernah mengalaminya? TIPU korang tak pernah rasa " Sukanya dekat dia '' .

apabila DIRIMU MEMINATI SESEORANG, BERMOHONLAH kepada ALLLAH SWT agar HATINYA akan KAMU MILIKI. jika KAMU SANGAT MENGINGINKANNYA DENGAN SEBENAR - BENAR KEINGINAN, maka, BERMOHONLAH DENGAN SEBENAR-BENAR PENGHARAPAN. JANGAN, SESEKALI KAMU MERAYU PADA SI DIA, kerana, BICARANYA MUNGKIN AKAN MEMBUATKAN KAMU TERLUKA. apabila HATI DIPERSENDA, PASTI, SEBUAH KEKECEWAAN AKAN MENERPA. namun, jika DIRIMU MEMOHON TERUS KEPADA ALLAH SWT, PENCIPTANYA, DUA KEMUNGKINAN SEDIA MENANTI KAMU, iaitu, MUNGKIN DIRIMU MENDAPATKAN HATINYA atau MUNGKIN KAMU AKAN MENDAPAT SESEORANG YANG LEBIH BAIK DARINYA.


Tuesday, December 6, 2011

plus 5kg!

di sini ada satu pengumuman.
saya dengan 'bahagianya' ingin menyatakan bahawa berat badan saya dah naik sebanyak 5kg!
[ops! ada orang pengsan tengok penimbang.]

cepat-cepat ucap tahniah pada saya sebab 'berjaya' menambahkan berat badan.
'SUKA' sangat!
dush! dush! dush!




pesan mama :
" Kak Yang jaga lah sama makan tu kalau tak nak berat badan naik. bila dah naik, bising sebab susah nak turun. mungkin faktor musim sejuk kot, Kak Yang rasa nak makan je selalu. jaga kesihatan sama. "
pesan seorang ibu yang memahami akan anaknya yang agak 'fobia?' dengan isu berat badan naik.


okay, fullstop. i'm thinking of the way nak turunkan berat badan. :D

Wednesday, November 16, 2011

Handsome Guy! ;)


Andakah lelaki itu?

________________________

Tarteel/tartil: Membaca al-Quran secara tidak terburu-buru dengan tempo yang perlahan (tidak terlalu lambat atau cepat), membetulkan lafaz dan sebutan huruf-hurufnya, serta menjaga hukum-hukum tilawahnya. 

Firman Allah dalam Surah al-Muzammil ayat 4 yang bermaksud:
"Dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-perlahan."

dan Surah al-Baqarah ayat 121 yg bermaksud:
"..Mereka membacanya dengan bacaan yang sebenar."
________________________

Tajwid: ilmu yg menerangkan cara membaca al-Quran, tempat mula dan berhenti membaca, tempat keluar huruf, sifat huruf, makhraj, harakat dan sebagainya.
________________________

Tarannum: suatu ilmu atau kaedah seni suara yang dipelbagaikan mengikut proses nada, rentak dan irama tertentu.





[ UNTUNG lah kalau dapat SUAMI yang punya ' AKHLAK ' dan juga seorang ' HAFIZ '. Allah, kurniakan aku seorang rajul yang soleh dari kalangan hambaMu. ]

Monday, November 7, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1432H


Selamat Hari Raya AidilAdha ditujukan khas buat ahli keluarga yang tersayang yang berada di Ipoh, Perak. Semoga ceria-ceria selalu.. Tak lupa juga buat sanak saudara, teman-teman yang berada di seluruh pelusuk Malaysia, baik di desa atau di bandar.. May Allah bless all of you. InsyaAllah.

ucapan pos dari jauh, Mu'tah Jordan.

salam rindu untuk abah dan mama
anakmu : .Widad.


Friday, October 7, 2011

oldies.

tak kena rasanya bila buat tajuk post oldies. urm, sebenarnya nak merujuk yang diri ini rasa dah terlalu lama sangat tak update blog. bila bukak je, berhabuk semua post. alhamdulillah, lepas kemas-kemas, baru boleh buat new post.

this is my first post from Jordan.
Hi Malaysia! How are you? harap semua anggota hati saya sihat sejahtera di samping mendoakan kejayaan saya di sini.

nak share gambar-gambar di Jordan sikit, okay?
please have a look.

perpustakaan.

kelas.







 gambar bawah ini semasa ziarah makam.










We're welcoming you. :)

truly from :
Nurul Widad - in Mu'tah.
signature dah tak ada. :)

Thursday, August 4, 2011

i'm speechless yaww!

yaww! this is the message that make me speechless.

tak nak fikir ape-ape lagi. M.A.L.A.S.!
confirm ke mana-mana pelajar yang pergi BTN ni dapat masuk Uni luar negara? 
Okay, kalau dulu, masa result tak keluar lagi, bukan main mohon Allah izinkan ke luar negara.
Ni, bila persediaan dah mai, bolak-balik pulak hati ni. 

macam nii laa hati aku. berat sebelah. tapi, tak tahu belah mana.

apa pun keputusannya, semoga aku lebih tabah.

Tuesday, July 19, 2011

syafawisyafawisyafawi

imtihan syafawi? apa tuu? oh, imtihan syafawi is equal to ujian lisan. nampak tak? kalau tak nampak, nak dijelaskan lagi.
* imtihan syafawi = ujian lisan. * [ STAM ]
Ujian lisan ini mengandungi 3 bahagian. [ pergh! skema betul ayat! ]

surah Luqman

1 : Hifz Al-Quran 
* Surah Ar-Rum
* Surah Luqman
* Surah As-Sajdah.

2 : Hadith
* كتاب الإيمان
* كتاب بدء الأذان
* كتاب الجنائز
* كتاب الإستقراض
* كتاب الصوم
* كتاب الجهاد و السير
* كتاب النكاح
* كتاب التوحيد
* كتاب الطب
* terlupa pulak kitab apa. HEHE :P

3 : Mutola'ah plus Hiwar. 
* hiwar tu tajuk bebas. depends on examiner lah nak bg tajuk apa. based on skema soalan la jugak.

nak describe apa tentang syafawi aku? HAHA. halfly bad kott. menggigil kott. Allah je tahu macam mana aku rasa. nak pengsan. kecut perut habis. HAHA. masa dalam bilik ujian lisan tu, mesti examiner tu cakap dalam hati " eh, budak nii tak reti nak duduk diam-diam ke? asyik goyang-goyang kaki je. " 
EHEHE, aku agak je laa. 

sesi 3 pukul 2 petang. mengantuk!